Showing posts with label LOVE...LOVE...LOVE... Show all posts
Showing posts with label LOVE...LOVE...LOVE... Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Takdir itu.....
























Jika sesuatu itu milik kita
sesulit apapun jalan nya
apapun rintanganya
pasti akan jadi milik kita
karna..... memang untuk kita

Tapi.... jika sesuatu itu
bukan milik kita
walaupun mudah jalanya
walaupun bersusah payah
kita ingin mendapatkanya
tidak akan pernah akan menjadi milik kita
karna... memang bukan untuk kita..

Wednesday, October 19, 2011

Engkau Milik ku...


Jika namamu tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH S.W.T tanamkan dalam diri kita...
Tugasku bukan mencari dirimu..tetapi mensolehahkan diriku..

Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudz, imamku dan ayah dari anak-anakku
engkau yang membersamai perjalananku nanti..

Aku percaya engkau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam
bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak...

Tuesday, June 8, 2010

Doa...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu....
Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu..
Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan penjang menyeru manusia kepadamu..
Ya Allah....
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amin........
Doaku...moga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat, berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran...yang sememangnya menguji kekuatan iman...
keran tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang
Semoga Cinta yang dicari ditemui...Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya...InsyAllah........

Friday, May 21, 2010

TO EVERYONE WHO IN LOVE....


Sha rasa semua penah dpt e-mail mcm nie..

CINTA itu perlukah berSEBAB....

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata...
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!
" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


CINTAI dia seadanya, krn dia adalah seBAHAGIAN dr KITA…kekurangan dia, keLEMAHan kita..keLEBIHan dia, keBANGGAan kita jua..
saling bergantung dan memerlukan.

perkahwinan berdasarkan CINTA tp perlukah cinta itu bersebab krn sebab2 itu lar juga memungkinkan segala yg baik dan yg tidak, yg mana kita sebagai manusia x tahu kesudahannya….apa yg dptkatakan, ianya spt mempercayai tuhan-ALLAH, dia x dpt dilihat, dirasai n sebagainya tp kepercayaan n keimanan kpd-NYA shj yg membuatkan kita berada dibwh kuasaNYA…jd kita laksanakan kewajipan kita sebagai hakNYA, yg lain terserah pdNYA utk menentukan. jgn persoalkan krn itu boleh menyesatkan…